Tuesday, July 5, 2011

Semoga cepat sembuh, sayang mama! - PART 1

Keadaan Farisha sewaktu perjalanan ke Hospital Slim River

Pagi Isnin (4/7/2011), walaupun aku tetap ke pejabat, tetap hantar Farisha ke nursery, namun.... jiwa aku tak tenteram. Hati aku tk baper sedap. Keje banyak, tapi... pikiran aku melayang teringatkan keseksaan anak aku, tika aku hantar dia ke nursery. Hatiku sebak memikirkan puteri kesayanganku. Walaupun sebilangan pensyarah minta aku uruskan hal itu, ini... aku tetap sambut ngan anggukan dan senyuman, namun kelukaan tidak dapat aku sembunyikan. Yelah, jiwa ibu mana nak tenteram, jika anak menanggung kesakitan....

Akhirnya, jam 10.00 pagi, aku nekad untuk membawa Farisha ke Klinik Kesihatan UPSI, sekurang-kurangnya aku dapat pengesahan kesakitan yang ditanggung Farisha, at least... aku dapat surat jaminan untuk bawa Farisha jumpa pakar kanak-kanak. Yesss... aku kena ikhtiar sesuatu.... sebelum penyakit yang di tanggung Farisha makin melarat.

Surat pengesahan untuk aku bawa Farisha ke Pakar Kanak-kanak Hospital Slim River telah di dapati dari Klinik Kesihatan UPSI. Sebelum ke Hospital Slim River, aku mohon pelepasan dari AR aku, syukur Ya Allah... urusan ku di permudahkan. Pegawai di pejebatku melepaskan aku (aku mohon Cuti Kecemasan je, jika kes Farisha memakan masa seharian). Dan, akhirnya tanpa lengah.... my hero memecut menuju Hospital Slim River. Sejurus wad kecemasan ku baringkan tubuh lesu Farisha, staf nurse memainkan peranan "cucuk" tangan comey si kecilku, untuk masukkan ubat antibiotik dalam tubuh Farisha, kerna kuman yang menyerang Farisha terlalu pantas membiak di kulit. Tangisan dan rontaan farisha bergema.... aku pilu.... sungguh! Kelopak mata ku bergenang mendengar rintihan kesakitan Farisha.... "Ya Allah.... selamatkanlah puteri kesayangan ku ini.... biarlah aku menjadi galang ganti keperitan kesakitannya...." Tak jemu aku panjatkan doa kehadrat Ilahi....

Setelah Doktor Pakar Kanak-kanak bertemu Farisha, keputusan muktamat di buat, Farisha perlu segera ke Hospital Ipoh. Sekali lagi, aku terkaku. Aku terlalu pilu. Di hujung telinga farisha kubisikkan "Farisha, sayang mama... walau apa pun terjadi pada Farisha, mama tidak sesekali tinggal Farisha sendirian. Mama tetap bersama farisha, kesakitan Farisha akan mama tempuh bersama. Mama tau, Farisha terlalu perlukan mama berada di sisi Farisha saat ini" Tika itu juga... air mata ku makin berguguran. Jiwa aku terlalu pedih melihat kesakitan yang di tanggung Farisha.

Tepat 2.45pm, aku bergegas bersama seorang nurse cina (tk sempat beramah mesra tanya nama, tapi.... dia terrrrrlaaaaaaaaaluuu baik sangat!!! Dia banyak tolong aku masa aku ingin buat pendaftaran wad di Hospital Ipoh. dan seorang doktor ke Hospital Ipoh dengan menaiki ambulans. Ini lah pertama kali aku bawak anak aku naik ambulans. My hero terpaksa ke Hospital Ipoh kemudiannya, kerna penumpang hanya 2 orang je di benarkan (selain pegawai hospital), iaitu pesakit dan tukang jaga orang sakit (aku n farisha je laa...) Mujurlah sepanjang perjalanan Farisha lena di pangkuanku. Beberapa kali umbun rambutnya ku cium. Sayu hatiku.

Tika sampai di Hospital Ipoh, aku di bawak terus ke Klinik Pakar Kulit. Beberapa doktor pakar mengelilingi Farisha. Rumusan yang aku dapat dari beberapa doktor, jenis penyakit yang di alami Farisha terlalu jarang di lalui oleh memana kanak-kanak, ini kan pulak kanak-kanak di bawah umor setahun. Awalnya, Farisha di dapati Eczeme Kulit, namun jangkitan kuman yang menyerang kulitnya terlalu pantas membiak. Dikhuatiri kuman tu akan menyerang ke bahagian kulit. Yeah... Farisha terlalu kecil untuk lalui semua ini. Dan, seperti di duga... keputusan doktor ku akur... "that baby must admit here, now!" Kali ini aku redha... biarlah... asalkan anak ku selamat, sihat, ceria seperti sebelum ini. Tak sanggup aku melihat kedukaannya, keperitannya, kesakitannya.

Wad Kanak-kanak 6A, aku dan Farisha di tempatkan, dalam satu bilik khas.... Sementara menunggu kehadiran my hero yang akan datang bersama parents aku.... aku bermain-main dengan farisha di atas katil. Aku tau,Farisha kaget dengan keadaaan persekitaran. Nak kan pulak... dia masih fobia akibat di cucuk bahagian kanan. Mungkin perit menanggung sakit, sementelah terkejut dengan apa yang jadi. Kesian, anakku!
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh... pertama kali aku menginap di sini bersama Farisha...

No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama