Monday, June 20, 2011

Ujian Buat ku...

Farisha. waktu demam.

Di kedinginan senja... aku memandu menuju ke teratak kediaman kedua orang tua ku sambil memangku Farisha. Badannya makin panas. Ubat demam baru je kusuap ke mulotnya, dengan harapan demamnya beransur reda. Namun... kulihat Farisha makin lemah, seolah mengangkat kepalanya jua dia tidak mampu. Hati ibu mana tidak gusar melihatkan anaknya yang kian lincah, kini lemah lesu. Namun, aku perlu kuat. Farisha terlalu rapat denganku, dan terlalu rapat dengan papanya (my hero). Tapi... apa kan daya... dalam keadaan aku memerlukan kehadiran my hero di sisi untuk bersama Farisha tika dia sakit, aku perlu akur yang my hero perlu menghadiri Kursus Team Building, Anjuran Pusat ICT. Dan... nekadku, aku perlu kuat... aku perlu berada di samping Farisha... kerna aku tau, dia memerlukan aku.
Farisha tengah demam.

Malam semakin lewat... aku buntu! Badan Farisha makin panas. Rengekan manja si manjaku bertukar esakan tangis. Aku basahkan kepalanya. Cool-Fever yang ditempek di dahi Farisha makin nipis dan kecut mengering. Begitulah panasnya suhu badan Farisha. Kepalanya kubasah dengan air asam jawa yang di ramas, namun rambutnya yang lembap menjadi kering. Suhu badannya makin panas. Kedua orang tuaku telah lama enak di buai mimpi. Ku lihat... sesekali mata hitam farisha memandang ke ruang syiling kediaman orang tuaku. Hatiku sebak, sayu. Ya Allah... aku buntu!!!

Namun... sejurus aku teringatkan arwah adik kesayanganku. Aku pun tidak tahu... kenapa di saat ini... kenangan bersama arwah adikku merobek fikiranku. Aku teringat... tika arwah addikku demam, tika dia sakit... aku tidak menggunakan ruang sepenuhnya menjaganya... walhal aku tau... aku berpeluang. Mungkin kerna aku yakin.... arwah punya isteri yang cukup setia untuk menjaganya. Tiba-tiba kenangan itu menghilang dari fikiran... seolah dikocak bersama angin lalu. Aku perlu tabah! Aku nakad kini... dalam jam 12.30 malam... Farisha perlu ku bawa ke klinik. Kenapa aku perlu berlengah menunggu lagi... sedangkan suhu badan anakku makin panas... sedangkan keadaannya makin lemah. Aku tidak mahu menggunggu sehingga esok... kerna aku tidak mahu penyesalan menerjah seumor hidupku, sepertimana aku rasa kekesalan kerna tidak berpeluang menjaga arwah adikku. Kini... Allah kurniakan aku kudrat... kenapa aku perlu mensiakan kudrat dariNya??? Aku bukan si ibu yang hanya menunggu... melihat... meredhakan keadaan anakku. Apa pun yang terjadi... aku perlu selamatkan anak ku, agar sakit demamnya beransur pulih. Sekurang-kurangnya... ini lah usahaku. Sekurang-kurangnya... apa yang aku rasakan kelak... aku tidak akan menyesal!!!!

Dalam keadaan Farisha kuampu... aku menyediakan persiapan ala kadar untuk bergegas ke klinik. Dan.. syukur Alhamdulillah... sedang aku bersiap... ibuku terjaga dari tidur. Niat untuk membawa farisha ke klinik, ku suarakan. Aku tahu... kedua orang tua ku tidak akan membenarkan aku ke klinik bersama Farisha bersendirian di keheningan lewat malam. Akhirnya... kedua orang tua ku sanggup menemaniku ke klinik... Syukur padamu, Ya Allah... kerna Kau kurniakan Mohd Zamri Hj Ahmad dan Fauziah Latif sebagai kedua orang tua ku. Mereka sanggup bersusah bersamaku....
Jasa kedua orang tuaku tak mungkin aku boleh lupakan... Terima Kasih ya Allah... Kau kurniakan orang tuaku sebaik mereka padaku....

Rengekan Farisha makin memuncak. Kesian si kecil. Dia memerlukan belaianku. Percayalah... sesiapa yang sedang mengalami kesakitan... mereka ini bukan bertujuan menyusahkan sesiapa. Manusia mana ingin sakit kan... dan... usahkan si kecil... kita yang dewasa, malah bijak pandai ini jua... jika mengalami kesakitan terlalu memerlukan insan tersayang berada di sisi, membelai penuh kasih sayang... memerlukan perhatian. Padaku... jika kita sayang seseorang... jika dia mengalami kesakitan, kesusahan... usah lah di tambah penderitaannya... dengan memaling muka, menengking mereka.... kerna... kita yang sihat ini jua, akan sakit sepertinya...! Kalau kita yang sihat ini tidak mahu memberi perhatian kepada insan yang lemah, yang sakit... usah lah ditambah bara penderitaannya.... kerna ianya akan menambah kesakitan yang ada... as i said before... kalau kita rasa kita sayangkan insan itu... HARGAILAH IA... selagi ia bernyawa! Dalam hal ini... aku terlalu berterima kasih pada keluarga ku... pada adikku, farah... dan terima kasih tak terhingga sangat pada ibu bapaku......
Syukur... saat aku dilema... aku tidak keseorangan mengharunginya....

Akhirnya... kereta yang di pandu oleh bapaku sampai di hadapan klinik Syifa. Syukur alhamdulillah... kupanjatkan doa padaMu, Ya Allah... kerna mempermudahkan urusanku. Walaupun pada awalnya pintu klinik berkunci... akhirnya.. setelah di panggil... dua orang kakitangan Klinik Syifa membuka pintu kaca klinik tersebut. Mungkin mereka kasihan melihatku... sepantas mungkin... doktor di panggil. Aku tidak tahu bagaimana ingin kuluahkan rasa.... dalam keadaan aku kesusahan begini... aku di layan dengan baik oleh kakitangan Klinik Syifa, termasuk doktornya, Dr. Aszeri. Terima kasih... hanya Allah membalas budi baik engkorang.
Poliklinik Syifa

Syukur... esoknya.... demam Farisha beransur reda. Suhu badannya makin berkurang.... sesungguhnya... mengajarku erti ketabahan... segala yang terjadi membawa pengalaman yang begitu bermakna buatku...pengalaman yang mampu ku titip... percayalah... walau sesiapa jua insan yang kita sayangi... jika mereka dalam kesakitan... bersamalah mereka penuh keikhlasan... bantulah mereka... usah di marah, di heherdik mereka... kerna tiap kesusahan akan di permudahkan olehNya. Sesungguhnya, bagiku... Tuhan tak akan berhenti menguji hambaNya... dan aku bersyukur kerna aku mampu merentangi ujian dariMu, Ya Allah....

No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama