Wednesday, June 2, 2010

PELIK TAPI BENAR..


Pelik Tapi Benar...
Kita mengaku kita menyayangi seseorang..
Tp, kadangkala adanya dia tidak disenang...
Namun, jika dia menghilang..
Kita berada di awang2.

Pelik Tapi Benar...
Kita akui seseorang terlalu bermakna..
Tapi, kita tidak hargai kehadirannya...
Namun, jika orang itu tiada...
Kita akan tangisi pemergiannya..

Pelik Tapi Benar....
Kita kerap menyesali nasib diri..
Tp, apa yang dinikmati tidak di hargai..
Namun, kita tidak pernah akui kesilapan diri...
Apabila takdir menghimpit baru dikesali...

Pelik Tapi Benar...
Kita kerap merasa runsing, meradang malah mengeluh...
Apabila suara sikecil menangis dan kadangkala bergaduh..
Namun kita tidak pernah membentak atau mengamuk...
Bila melayan wanita yg baru dikenali merengek, mengada2 seakan disampuk.

Pelik Tapi Benar...
Kita kekok memeluk sikecil yg blm mengerti kehidupan..
Sedangkan mereka memerlukan perhatian..
Namun, nafsu wanita yg tidak dikenali dilayan...
Hanya kerana hasutan dan bisikan syaitan.

Pelik Tapi Benar...
Kita menyanjungi mereka yang berpangkat...
Walaupuan kenaikan melalui jalan yang singkat..
Namun kita lupa tentang hakikat...
Mereka yang kerdil kadangkala menjalani kehidupan lbh berkat.

Pelik Tapi Benar...
Kita pernah lalui kehidupan yang pilu dan perit..
Walaupun berazam tidak mahu ulangi lg lorong yang sempit..
Namun, kita sering leka dan sengaja menghimpit..
Apabila kehidupan tenang kini tidak mahu di amit.

Pelik Tapi Benar...
Tentang satu pengertian..
Tentang satu kehidupan..
Kadangkala mereka akui kesilapan...
Namun, mereka tidak mahu jadikan ia sebagai pengajaran...

No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama