Thursday, April 15, 2010

Ular Berkepala Manusia???? Manusia Berbadan Ular??? Iskhhh... Iskhhh.....

Jarum jam berpusing dan kini tapat ke angka 7.45 minit malam. Aku masih di sini ketika ini. Bukan tak nak balik ke rumah tika ini. Tapi... terlalu berat untuk aku meninggalkan ruang legar persekitaran ruang kerja aku. Walhal, bukannya buat keja sangat, meninjau laman facebook, meninjau teman bersembang di Yahoo Messengger je lebihnya. Yelah... selebih masa selepas waktu kerja ini lah time yang sesuai untuk bukak gelanggang gebang arena umpatan, memanjangkan antena di kepala... agar link perhubungan setara dengan link laluan tanpa wayar dengan syaitan sekufunya... iskhhh... betul-betul menambah dosa kering aku ni... dosa yang sedia ada sedia menimbun, lagi di himpun dosa yang ada... macam ler amalan tu banyak sangat, zaina oiiii..... gerutu hatiku sendiri. Tersenyum sendiri aku dengan telahan kata-kata yang bermain di sanubari. Biasalah.... manusia ni, yang keji tu yang makin enak di lakukan. Astaghfirullah... daripada aku berkawan dengan syaitan... lebih baik aku melepak di rumah, bersama-sama suamiku. Apakan daya... rajuk di hati... tak pasal-pasal time Marghrib macam ni masih lagi di pejabat.

Ku intai permandangan luar pejabat. Hari makin gelap, kilat sabung menyabung, hujan makin lebat... seolah tidak menunjukkan ia akan berhenti dalam beberapa minit ini. Tapi, aku harus pulang ke rumah sebelum jam mencecah ke angka 8.00 malam. Aku harus pulang kerumah sebelum waktu Margrib berakhir dengan azan Isya' pula. Sempat lagi untuk bersolat.... pikiran menerawang merencana agenda. Mouse komputer ku raba dan mencari button "shut down". Kepala kutunduk sikit, untuk mencara ruang hard Disk, menarik keluar Pendrive. Tiba-tiba... sebaik saja aku menoleh... alangkah terkejutnya aku tika itu... beberapa ekor ular sawa, biawak, pacat, lintah, belut, lipan seolah ingin meratah tubuhkan. Aku beristighfar. Kelopak mata ku genyeh... seolah memastikan aku tidak berkhayal. kebanyakkan badan binatang yang menunjukkan keganasan itu berlendir... dan seolah kelaparan.... bila-bila masa ingin menerkam mangsa mereka dengan rakus. Ya Allah... selamatkan hambaMu. Langkah ku atur... seolah berat. Nafasku makin tercungap. Ruang pejabatku tidak lah luas mana... tapi... langkah kaki yang ku atur seolah menjauh sebesar padang bola. Binatang-binatang tersebut masih mengejarku... menyusuri dinding pejabat... menyusuri ruang permaidani... seolah masing-masing berlumba untuk meratah tubuhku. Terdapat sebilangan kakitangan yang tekun bekerja di ruang pejabat, tetapi suaraku seolah tersekat untuk meminta pertolongan mereka. Dan, bagi mereka adegan kejar-mengejar antara aku dan binatang menjelekkan itu ada satu adegan yang biasa dan bukan adegan pelik.


Akhirnya.... langkahku terhenti kerana pertolongan seorang teman sepejabat. Cukup sekadar teman tersebut menghalau binatang menjelekkan tersebut dengan sebilah parang. Cukup menghairankan, binatang tersebut bertempiaran ketakutan pergi dan menghilang dari ruang pejabat. Namun, belum sempat ucapan terima kasih ku ukir di bibir, teman tersebut mengejarku pula dengan sebilah parangnya itu. Sekali lagi, aku bertempiaran lari. Keadaan makin penat kurasakan. Nafasku seolah terlalu pendek untuk keluar.

Akhirnya, aku terkejut. My Hero masih di situ. Mengejutkanku agar bangun dan tidur di kamar. Aku beristighfar. Nafasku makin tercungap. Aku memerhati ruang sekeliling, nyata... aku berada di rumah.... dan angka jam menunjukkan 2.30am. Ya, Allah... aku bermimpi rupanya. Tapi... mimpi yang cukup menakutkan ku. Mimpi yang membuatkan tubuhkan bergetar. Seolah ruang baju T-Shirt yang kusarung basah disimbahi peluh. Seolah mimpi itu aku berada di alam nyata. Cukup mengerikan. Namun... apakah maksud sebenar mimpi ngeri dan mimpi anehku itu? Beberapa kali bibirku mengucapa selawat...

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّـدٍ
وَ عَلَى آلِـهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hambaMu dan rasulMu Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan seluruh sahabatnya.

اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاحْذَرُوْا عَدُوَّهُ وَعَدُوَّكُمْ
Maksudnya : “Bertaqwalah kepada Allah dan taatilah Ia dan awasilah terhadap musuh Allah dan musuh kamu”


Ya Alahh... jauhkan aku daripada binatang berbisa umpama ular yang bertopengkan manusia. Manusia yang melakonkan watak manusia di hadapanku, tetapi dibelakangkan umpama umpama ular yang menyedut setiap sisa darahku, meratah setiap dagingku, menjilat setiap inci kulitku.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu ;-
تَجِدُوْنَ مِنْ شِرَارِ النَّا سِ ذَا الْوَجْهَيْنِ يَأْتِيْ هَؤُلآء بِوَجْهٍ وَهَؤُلآءبِوَجْهٍ
Maksudnya :-
Kamu akan dapati di antara manusia yang paling jahat ialah orang yang mempunyai dua wajah. Dia datang kepada satu golongan dengan satu wajah dan pergi kepada golongan lain dengan wajah lain.

Firman Allah dalam
Surah Al-Qalam Ayat 10-12 :Maksudnya :-
“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan (jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa”.

nauzubillah..... kadang-kadang niat kita sekadar berkongsi cerita, pengalaman dengan orang lain... tapi... kita sendiri tidak menyediri cerita itu telah menjadi satu bahan umpatan orang lain. Kadang-kadang maklumat yang diceritakan itu juga telah bertukar kepada sesuatu bahan berunsur FITNAH. FITNAH... umpama meratah daging manusia seislamnya. Sanggup kah? Namun... aku tak mentafsirkan maksud mimpi aku umpama ada manusia sanggup menggendong muka sendiri kemana-mana sampai dua kepala sekali gus. CUma.. mimpi tersebut membawa aku jauh daripada seribu kesedaran. Berhati-hati.... itu saja kalimah yang terungkai dari hatiku tika ini.... kerana golongan munafiq boleh mengakibatkan seseorang itu juga berada di golongan yang fasiq. Nauzubillah....




No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama