Tuesday, January 18, 2011

HEPI BESDAY... SAYANG... RAFIQ ZULHAIRI! - 18 JANUARI

Kek Besday untuk adik (actually... cikgu Taski n kengkawan dia panggey nama manja dia kat skolah as a BOBOY. dun know darimana n macamana diorg create nama tu untuk adik!)

18/1

Hari ni... genap umor anak aku 5 tahun.

Kalau my hero mengakui Nifail adalah satu2nya buah hati pengarang jantung my hero...
Dan aku akui, tk ada org blh amek tempat itu...

tapi... Rafiq Zulhairi (zuriat terakhir aku n arwah bekas suami)
pulak salah sorang dari 6 orang anak2ku yang terlaluuu manja.....

Bila aku renung sinar mata anak ini...
yang aku biasa panggil namanya "ADIK",

aku jadi hiba, kesian melihatnya...

Sesungguhnya... adik tak pernah sekelumit pun merasai kasih sayang lelaki bernama bapa kandung

Anak manja ini tidak pernah mendapat belaian dari lelaki bernama bapa kandung,

Anak manja ini tidak pernah diciumi lelaki berstatuskan bapa kandung...

Sungguh.... aku kesian... dan saat soretan N3 ini di baitkan...
air mata bercucuran memikirkan si anak ini....

Adik masa umor 4 bulanAdik masa umor 6 bulan


Rafiq Zulhairi...
Wajahnya persis adik kandung aku,
Farah... ramai yang mengakuinya...

Dia keletah... dia manja... dia bijak... dia memahami jiwa aku kala aku sedih...

Anak ini tidak mengenali siapa bapa kandungnya...

Foto arwah bapa kandungnya ku hulurkan padanya...

Pertanyaan terungkai dari bibir mulus si anak..
"gambar siapa ni, mama?"
Sungguh... kau belum mengerti, sayang...

Bila kutanyakan padanya... "abah adik mana?"

Lancar mulot mugil si anak bersuara "abah adik kan dah meninggal"

Namun.. dia masih belum mengerti...

Kerana apa yang ada dalam hatinya, perasaannya, sanubarinya....

Abah umpama "bapa angkat" dan "papa" pula adalah bapa kandungnya

Dan... baginya... my hero yang petah dipanggil "papa" itu adalah bapa kandungnya...

Walau kutahu kadangkala terbit rasa sedih di hatinya...

Bila pergaduhan ala-ala manja antara si anak meletus dan terkeluar ayat dari mulot Nifail...

"itu bukan papa adik, itu papa baby (nifail), nina ngan amat la..."

Namun, kuperhatikan dari reaksi siadik membuatkan aku bertambah hiba apabila dia menjawab...

"alah... baby... adik pinjam papa baby.... kita kongsi2 la..."

Sesungguhnya... dalam jangka umor 5 tahun...

"kekurangan" yang dimilikinya itu telah mematangkan fikirannya...
Adik masa umor 7 bulan

18/1

Rafiq Zulhairi... percayalah sayang...

Sesungguhnya... seluruh keluarga terlalu menyayangi adik...

Percayalah... selagi hayat mama... selagi jantung mama berdegup...

Mama berjanji tak akan mempersiakan adik....

Harapan mama n papa....

Semoga adik akan jadi anak yang soleh..
Mama harap adik akan ingat pesan mama...
Akan jaga mama n papa bila dewasa kelak...
Walau hayat mama tak panjang...
Mama nak adik teruskan untuk jaga papa...
Sebab mama tau... adik sayangkan papa kerna hanya dia papa yang adik ada!


Masa ni... umor adik 2 tahun...Adik yang terkini...

Adik potong kek.... dibantu cikgu Taski ABIM .
Aku just beli kek untuk adik sambut besday dia ngan kengkawan dia... at least... nk bagi dia rasa satu xperience yang best dalam hayat dia....

Berkatilah perjalanan kehidupan anakku ini, Ya Allah...
Sesungguhnya... hanya Kau yang tahu... betapa aku terlalu menyayanginya....

No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama