Tuesday, March 9, 2010

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.. fuihhhhh!!!

Berita tentang peralihan kubur di Tanah Perkuburan Alor Setar tersebar meluas. Macam2 pandangan, reaksi dari beberapa pihak. Tanah Perkuburan yang sememangnya mempunyai tanah yang sesuai untuk pembangunan setempat. Kawasan bersebelahan masjid yang penuh ketenangan, berdekatan dengan pinggiran laut perusahaan nelayan yang juga telah tidak jauh dari kawasan sejarah tentang kubu pertahanan zaman peperangan dulu. Aku mengenali kawasan ini tidak lama... tp... ketenangan yang kuraih semenjak kukenali tempat ini membuatkan hatiku meronta2 untuk ke kawasan ini lagi. Tapi, kawasan ini jauh berubah dari semenjak pertama kali kujejaki... kira2 8 atau 9 tahun dlu. Masa itu, anak sulungku baru berumor 1 tahun lebih. Beberapa kenangan dan memori mengimbau di fikiranku... dah segala memori itu cuba kutepis satu persatu... agar perjalanan ku atur hari ini tidak di ganggu oleh memori silam. Bukan tidak boleh mengingatinya, tp.. jika mengingatinya membuatkan ada insan lain terluka... biarlah memori itu melayang jauh bersama hembusan angin pantai yang tenang ini... biarlah memori itu beralun pergi sebagaimana angin bayu pantai yang beralun pergi menyapa2 lembut wajahku.

Nafas kuhembus, berat. Aku harus pulang ke Perak, sebelum majlis peralihan kubur ini kerana banyak urusan yang memanggil2 aku untuk pulang semula. Sementelah pula, aku diberi keizinan oleh suamiku yang kugelar MY HERO untuk pulang sementara. Kubur bekas arwah suamiku kutinggalkan setelah tanah perkuburan tersebut telah kusirami air. Kepulanganku diratap hiba oleh bekas keluarga mertuaku. Kasihan bekas ibu mertuaku. Seorang demi seorang insan kesayangan pergi mengada Ilahi. Bermula dengan hembusan terakhir anak bongsunya iaitu bekas arwah suamiku, dituruti pemergian selamanya bekas bapa mertuaku dan di susuli 34hari kemudian pemergian anak perempuan bongsunya, bekas kakak iparku, arwah Kak Ti. Tentu hati orang tua tu meruntun sayu. Rumah papan bercat hijau dua tingkat ini yang satu ketika dlu meriah, kini di sulami dengan kesayuan, kesepian, kesuraman dan kehibaan. Seolah setiap lapisan papan di rumah ini dapat di gambarkan bagaimana gelora hati empunyanya.

Dua hari setelah kepulangan ku dari kampung, dan setelah aku menjalani rutin seperti biasa di Tg Malim, panggilan telefon yang kuterima dari kampung membuatkan seolah jantungkan terhenti berdenyut seketika.

"Ntah lah, Na.. rusli ada ni... tgh tidoq. Abg pun tk tau mcm mana mende pelik ni blh jadi.. Kuasa Tuhan, Na. Li ada habaq kat abg... dia nk p Tg Malim sana... nk p tenguk anak bini dia. Abang dah terangkan kat dia... yg hang dh menikah lain. Dia tk mo trima. Dia habaq... dia hidup... nikah hang dengan Feroz tu tk sah" Rasa nk jatuh hand phone Nokia yang kugenggam di pangkal telinga mendengar perkhabaran dari Kg Kedah itu, setelah bekas abg ipar ku mengkhabarkan semasa urusan pemindahan perkuburan bekas arwah suamiku, mereka mendapati kain kapan tersebut seolah bergerak2. Dan setelah kata putus di buat, mereka bersepakat untuk membuka kain kapan tersebut... dan jasad yang bergerak di sebalik kain kapan tersebut masih hidup!!!!! Kuasa Tuhan... Subhanallah! Dan kini... "bekas arwah" suami ku itu ingin menuntut hak keadilan di sebalik status aku sebagai isterinya atau isteri kepada My Hero. Aku???? Itu jika keputusan keadilan di adili... tp... jika keputusan di sebalik kata hatiku??? Boleh kah aku menerima semua ini? Mampukah aku menerima dan berhadapan dengan segala percaturan yang telah dibentuk dan di adun oleh Allah SWT ini? Apakah yang ingin ditunjukkan olehNya. Berita tersebut tetap kusampaikan kepada My Hero. Walaupun berat untuk kulafazkan dan kuungkapkan satu persatu perkataan agar hati My Hero tidak terguris dengan perkhabaran ini... tp.. apakan daya... kata orang berita dan kebenaran yang pahit itu lah yang menyiksakan. My Hero mengambil keputusan untuk berpisah sementara denganku, sementara status perkahwinan kami di adili. Aku kembali ke banglo kediaman kedua org tuaku, bersama dua orang lagi anakku. Hakikat di sebalik segala musibah ini... aku tk mampu berpisah dengan My Hero. Hanya Tuhan yang tahu... betapa aku terlalu menyayangi suami ku ini. Hanya Tuhan saja yang tahu... kini... hanya suami ku saja kuletakkan di tempat teristimewa di dalam hatiku. Memang suatu ketika dlu... "bekas arwah suami" ku berada di tepat itu... tp... kewujudan My Hero yang terlalu banyak mengajarku tentang ranjau onak duri untuk kutempuhi ini telah mengubati segala kedukaan lama.

Rusli.. fahamilah... aku memang menyayangi dirimu... tapi.. sayang itu telah kucurahkan kepada suamiku kini. Rusli... mengertilah... aku memang menyintaimu dulu... tapi... kini cinta itu telah kuserahkan sepenuhnya hanya kepada suamiku kini. Rusli... diakui.. aku pernah menjadi suri hidupmu satu ketika dulu... tp.. gelaran itu telah terlucut sebaik saja pengesahan "dirimu telah kembali menghadap Ilahi". Cuma... hanya satu sahaja yang tiada siapa boleh menggugatnya... dirimu tetap bapa kandung kepada dua orang anak lelaki kita. Itu tetap perjanjian amanah dariNya sebaik sahaja hembusan nyawa di tiupkan kepangkal rahimku. Dan, amanah darimu itu tetap kujaga dan aku lebih berbangga kerana kini... My Hero telah membantu aku menyempurnakan amanah darimu itu. Memang aku akui.. lagaknya My Hero terlalu kekok menyempurnakan "tugas"nya, tapi... sekurang2nya... aku patut bersyukur kerana suami ku ini telah berubah... dan perubahan tersebut membuatkan kedua orang anakku menyayanginya.. sebagaimana mereka juga pernah menyayangi ayah kandung mereka. Aku terlalu bersyukur ke hadrat Ilahi dengan perubahan My Hero.

Sementelah status kehidupan ku diadili di Mahkamah Syariah, "bekas arwah suamiku" banyak menghabiskan masa bersama kedua orang anak lelaki ku ini. Dari jauh kurenung gurauan dan kemesraan hubungan kedua orang anakku bersama "ayah kandung yang baru mereka temui" Dari ekor mata, dapat kulihat betapa gembiranya anak-anakku kerana kerenah mereka di layani. Dari ruang kamar kecil ini kuintai di balik jendela kemesraan yang tulus terpancar di sebalik gurauan anak-anakku di luar sana. Anak-anakku terlalu riang bermain bersama ayah kandung mereka. Sesekali terdengar hilai tawa anak-anakku memecah gegendang telingaku. Hatiku di runtun sayu lagi.... dan apa yang kuperhatikan.. semenjak kepulangan "bekas arwah suamiku" dia tidak bercakap... hanya sekadar tersenyum, angguk dan senyum, angguk. Pelik, memang pelik dengan sikap dan perubahannya. Air mukanya tenang. Dan wajahnya makin cengkung. Disebalik hilai tawa anak-anakku juga... "bekas arwah suamiku" sekadar memerhati kerenah anak-anaknya sambil terpalit senyuman mesra kearah keletah anak2nya. Dia menjadi manusia yang terlalu pendiam.

Di sebalik jendela itu juga aku merenungi nasibku. Aku bukan penilik nasib. Tp... dugaan yang Tuhan aturkan dalam perjalanan hidupku.. membuatkan aku terkaku di pertengahan jalan. Aku terlalu merindui My Hero di saat ini. Di manakan dikau, dear? Aku tahu.. hati My Hero juga terlalu gundah menerima segalanya. Apakan daya... Diriku?? Tidak perlu kurungkaikan... bahagiakah aku kini? Aku tidak menderita... cuma.. jelas.. hatiku tidak bahagia. Aku tidak lagi seceria dulu. Aku jua kini menjadi manusia pemurung, di mana badanku labuh.. di situlah lembaran ingatan ku melayang jauh. Seolah Zaina tidak berpijak di bumi nyata. Seolah Zaina telah menjadi Zaina yang kosong... tanpa jiwa.. tanpa perasaan... tanpa rasa.. hanya yang terpendam... sekadar RINDU PADA SUAMINYA KINI. Arghhh... Dugaan mu, Ya Allah!

Tapi.. apa yang kulihat... kegembiraan anak2ku terpancar tulus di sebalik wajah mulus mereka... di sebalik gerak laku bahasa tubuh mereka. Mereka seolah bebas bermain... seolah kanak2 riang ria yang dibiarkan bebas di padang permainan. Inikah pengorbanan yang perlu kulakukan... membahagiakan anak2ku dengan menyingkirkan dan melupakan kebahagiaanku sendiri? Dahulu... aku pernah berjanji pada diriku sendiri... sebagai ibu... aku akan sanggup melepaskan kebahagiaan aku... jika anak2ku tidak bahagia dengan kehidupan baruku. Aku sanggup lakukan apa sahaja... asalkan kebahagiaan milik mutlak anak2ku. Tapi, sekarang... adakah pengorbanan yang dituntut dariku... demi anak2ku. Jika iya... I/Allah... mama akan lakukan apa saja untuk abang ngan adik... kerana kasih sayang mama tetap tidak berubah, sayang....

Dan... aku tersentak..... Jam menujukkan ke angka 3.20am. Kelopak mata ku genyeh. Hatiku berdebar sayu mengimbau epilog demi epilog bait2 mimpiku tadi. Ku toleh ke kiri... My Hero enak di buai mimpi... terlalu mulus wajah itu. Ku cium dahinya. Aku bingkas bangun dari tempat beradu untuk ke tandas. Terlalu sejuk ruang kamarku. Tubuh My Hero kuselimuti. Sebelum menuju ke tandas.. aku menuju ke arah kawasan beradu kedua orang anak2ku... kipas ku perlahankan.. dan dahi mereka ku sentuh dengan kedua bibirku. Ya Allah... aku terlalu menyayangi insan-insan ini... dan... setelah itu, ruang kuatur langkah ke ruang kamar semula. Sementara melayan mata untuk dipejam semula... aku terpaku sejenak mengingati tiap bentuk olahan mimpi yang baru menampar ruang tdurkan. Dan... di sebalik keheningan dinihari itu... kulafazkan Al-Fatihah buat "bekas arwah suamiku". Semoga dikau beroleh ketenangan di alam sana dan semoga rohmu di cucuri rahmat dariNya.

Abang Rusli... sebagaimana janjiku padamu.... menjaga dua nyawa amanahmu... akan aku dan suamiku, Fairuz tunaikan... kerana ia bukan sekadar amanah darimu.. tetapi.. amanah dari Yang Esa juga...

KISAH BENAR : KETIKA AKU MENCORET LEMBARAN MIMPI INI UNTUK DI KONGSI BERSAMA... RUANG SEKITARKU SEOLAH TERHIDU SESUATU... adakah????????? Huhhhh... Al-Fatihah buatmu, Allahyarham Rusli Bin Din.

~ THE END ~

No comments:

Post a Comment

Meh Nyampok sama