Thursday, April 15, 2010

Ular Berkepala Manusia???? Manusia Berbadan Ular??? Iskhhh... Iskhhh.....

Jarum jam berpusing dan kini tapat ke angka 7.45 minit malam. Aku masih di sini ketika ini. Bukan tak nak balik ke rumah tika ini. Tapi... terlalu berat untuk aku meninggalkan ruang legar persekitaran ruang kerja aku. Walhal, bukannya buat keja sangat, meninjau laman facebook, meninjau teman bersembang di Yahoo Messengger je lebihnya. Yelah... selebih masa selepas waktu kerja ini lah time yang sesuai untuk bukak gelanggang gebang arena umpatan, memanjangkan antena di kepala... agar link perhubungan setara dengan link laluan tanpa wayar dengan syaitan sekufunya... iskhhh... betul-betul menambah dosa kering aku ni... dosa yang sedia ada sedia menimbun, lagi di himpun dosa yang ada... macam ler amalan tu banyak sangat, zaina oiiii..... gerutu hatiku sendiri. Tersenyum sendiri aku dengan telahan kata-kata yang bermain di sanubari. Biasalah.... manusia ni, yang keji tu yang makin enak di lakukan. Astaghfirullah... daripada aku berkawan dengan syaitan... lebih baik aku melepak di rumah, bersama-sama suamiku. Apakan daya... rajuk di hati... tak pasal-pasal time Marghrib macam ni masih lagi di pejabat.

Ku intai permandangan luar pejabat. Hari makin gelap, kilat sabung menyabung, hujan makin lebat... seolah tidak menunjukkan ia akan berhenti dalam beberapa minit ini. Tapi, aku harus pulang ke rumah sebelum jam mencecah ke angka 8.00 malam. Aku harus pulang kerumah sebelum waktu Margrib berakhir dengan azan Isya' pula. Sempat lagi untuk bersolat.... pikiran menerawang merencana agenda. Mouse komputer ku raba dan mencari button "shut down". Kepala kutunduk sikit, untuk mencara ruang hard Disk, menarik keluar Pendrive. Tiba-tiba... sebaik saja aku menoleh... alangkah terkejutnya aku tika itu... beberapa ekor ular sawa, biawak, pacat, lintah, belut, lipan seolah ingin meratah tubuhkan. Aku beristighfar. Kelopak mata ku genyeh... seolah memastikan aku tidak berkhayal. kebanyakkan badan binatang yang menunjukkan keganasan itu berlendir... dan seolah kelaparan.... bila-bila masa ingin menerkam mangsa mereka dengan rakus. Ya Allah... selamatkan hambaMu. Langkah ku atur... seolah berat. Nafasku makin tercungap. Ruang pejabatku tidak lah luas mana... tapi... langkah kaki yang ku atur seolah menjauh sebesar padang bola. Binatang-binatang tersebut masih mengejarku... menyusuri dinding pejabat... menyusuri ruang permaidani... seolah masing-masing berlumba untuk meratah tubuhku. Terdapat sebilangan kakitangan yang tekun bekerja di ruang pejabat, tetapi suaraku seolah tersekat untuk meminta pertolongan mereka. Dan, bagi mereka adegan kejar-mengejar antara aku dan binatang menjelekkan itu ada satu adegan yang biasa dan bukan adegan pelik.


Akhirnya.... langkahku terhenti kerana pertolongan seorang teman sepejabat. Cukup sekadar teman tersebut menghalau binatang menjelekkan tersebut dengan sebilah parang. Cukup menghairankan, binatang tersebut bertempiaran ketakutan pergi dan menghilang dari ruang pejabat. Namun, belum sempat ucapan terima kasih ku ukir di bibir, teman tersebut mengejarku pula dengan sebilah parangnya itu. Sekali lagi, aku bertempiaran lari. Keadaan makin penat kurasakan. Nafasku seolah terlalu pendek untuk keluar.

Akhirnya, aku terkejut. My Hero masih di situ. Mengejutkanku agar bangun dan tidur di kamar. Aku beristighfar. Nafasku makin tercungap. Aku memerhati ruang sekeliling, nyata... aku berada di rumah.... dan angka jam menunjukkan 2.30am. Ya, Allah... aku bermimpi rupanya. Tapi... mimpi yang cukup menakutkan ku. Mimpi yang membuatkan tubuhkan bergetar. Seolah ruang baju T-Shirt yang kusarung basah disimbahi peluh. Seolah mimpi itu aku berada di alam nyata. Cukup mengerikan. Namun... apakah maksud sebenar mimpi ngeri dan mimpi anehku itu? Beberapa kali bibirku mengucapa selawat...

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّـدٍ
وَ عَلَى آلِـهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hambaMu dan rasulMu Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan seluruh sahabatnya.

اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاحْذَرُوْا عَدُوَّهُ وَعَدُوَّكُمْ
Maksudnya : “Bertaqwalah kepada Allah dan taatilah Ia dan awasilah terhadap musuh Allah dan musuh kamu”


Ya Alahh... jauhkan aku daripada binatang berbisa umpama ular yang bertopengkan manusia. Manusia yang melakonkan watak manusia di hadapanku, tetapi dibelakangkan umpama umpama ular yang menyedut setiap sisa darahku, meratah setiap dagingku, menjilat setiap inci kulitku.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu ;-
تَجِدُوْنَ مِنْ شِرَارِ النَّا سِ ذَا الْوَجْهَيْنِ يَأْتِيْ هَؤُلآء بِوَجْهٍ وَهَؤُلآءبِوَجْهٍ
Maksudnya :-
Kamu akan dapati di antara manusia yang paling jahat ialah orang yang mempunyai dua wajah. Dia datang kepada satu golongan dengan satu wajah dan pergi kepada golongan lain dengan wajah lain.

Firman Allah dalam
Surah Al-Qalam Ayat 10-12 :Maksudnya :-
“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan (jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa”.

nauzubillah..... kadang-kadang niat kita sekadar berkongsi cerita, pengalaman dengan orang lain... tapi... kita sendiri tidak menyediri cerita itu telah menjadi satu bahan umpatan orang lain. Kadang-kadang maklumat yang diceritakan itu juga telah bertukar kepada sesuatu bahan berunsur FITNAH. FITNAH... umpama meratah daging manusia seislamnya. Sanggup kah? Namun... aku tak mentafsirkan maksud mimpi aku umpama ada manusia sanggup menggendong muka sendiri kemana-mana sampai dua kepala sekali gus. CUma.. mimpi tersebut membawa aku jauh daripada seribu kesedaran. Berhati-hati.... itu saja kalimah yang terungkai dari hatiku tika ini.... kerana golongan munafiq boleh mengakibatkan seseorang itu juga berada di golongan yang fasiq. Nauzubillah....




Tuesday, April 13, 2010

Senandung Kasih 1001 Malam

Tgk tajuk N3 aku kali ni.... otomatik terbayang lirik lagu kan..... tp... ni bukan aku nk berseloka, bergurindam, bernyanyi, berirama.... cuma nk share... aku kena ikut my hero ke annual dinner Block C & A, Kolej Zaba, 11/4/2010 ahad lepas. Tema untuk annual dinner tu.... 1001 Malam (Konsep Arabic). Wahhhhhhh... jenuh siang tu... aku, my hero n my sis... Farah memunggah almari my parents untuk cari jubah for my hero. Jubah aku??? Awalnya... aku nk rembat jubah mak... tapi... makkk aiii.... bahunya jatuh, kain jubahnya senteng, ketiaknya besar... dah rupa sarung guni... org tgk pon... konpem memang bj pinjam! So.... aku just amek je.. koleksi jubah aku... cehhh... mcm banyak sangat koleksi nyer.... yang iyer nya.. aku ada sehelai je jubah! So... kira tu ler pilihan jubah aku akan pakai dinner. Tk perlah dear... kali ni kita tk sedondon.... nk wat camana.....

So.... kira ok lah kreativiti bebudak Blok A n C that nite. Really appreciate ngan kesungguhan diorg. Yelah... mana diorg nk pk peksa lg... study lg... sempat lg menjayakan majlis mcm tu. Majlis yg tk terlalu formal... n then tetamu pun rasa relex attend majlis tu. So... ni gmbr yang aku snap utk majlis tu.... sila ler jamu mata tu yer.... (kat gmbor ni... ketara sangat kegemukan aku.... uwaaaaaaaaaa... body aku dh naikkk....!!!!!)

Ni gambar adik n rafiq. Ada rupa anak2 arab tak???

Gambar aku n adik

Ni gmbr aku, my hero, adik n rafiq. Sebelum majlis bermula.


N then... ni lak gmbor yg ada kat facebook, yang aku tag n cilok. Thanx to student Nor azila Goni...

Ni tempat VIP (ala2 tema Arab)

Ketibaan VIP.

Semasa majlis

my hero tengah berucap as a Felo Block C (dh rupa Yasser Arafat berceramah je... kan... kan.....)

Ni lak... Queen Of D Nite (Ratu Padang Pasir) untuk malam tu.... yang menepati tema sebenar....

Ni lak... penutup majlis... AJK Block C bergambar bersama famly Felo.


ok... for lastly.... sebelum N3 ni tertutup dengan tajuk ni... aku as a PA Felo Block C (cehhh... lantik diri sndiri as a PA Felo, sebenarnya...), doakan semua student selamat berperiksa... selamat study... smoga berjaya... terutama student Kolej Zaba... (kenapa student kolej zaba je.... ohoooo... kerana aku dok Kolej Zaba, so... tumpuan terlebey sket kat situ....) TERUTAMA STUDENT BLOCK C! (Knp Block C... ohooo.. kerana aku dok Block C....) ahahahahahhaaa..... so... gud luck to you all...
adios!

Monday, April 12, 2010

MY DAY - 9476 (PART III)


ok... untuk edisi tuan punya blog besday... ini N3 terakhir pasal My Day. Kang sampai berepisod2, jemu lak eikkk.... cam nk enterpreme je.... lelebey lakkksss..... ingat artis fofuler ke, dik nonnnnnnnnnn...... ahakssssss....

So... untuk N3 ni... aku just nk share... mlm tu.. mu famly celebrate besday. Kat Agro Bazaar, R&R Behrang. Perghhhh... mengimbau kenangan zaman berdating ngan my hero tahun lepas.... sweet memory, dear! So... tk yah cakap banyak... meh kita jamu (bukan jamu selera....ok..) JAMU MATA je ngan memory 34 tahun yg sempat aku snap. Apa ni... besday gurl lak kena amek gambo ni.... tak aci tol korg ni....


Ni besday kek frm my hero... thanx dear! Tirumisu kek...




Ni lak juadah2 yg terhidang. Aku order mee sup ayam... memang sedappppppppppp... tgk tu... my hero tengah sebok menghidang... bz nyer dia!!!


Ni lak anak lelaki epi... Zharif Mikhael. Comey kan budak ni... gerammmmmm sangatttt!!!

So...lastly... thanx to all my famly... yg luangkan masa meredah hujan, ribut petir untuk kuar umah... merentas lebuhraya di Behrang... hanya meraikan besday gurl sorg ni... really appreciate!!!!! Thanx to my sis also... FARAH... sanggup wat surprise... blk frm melaka, semata2 nk merasa makan kat Agro.... (acah je... semata2 nk meraikan besday kakakmu yg jelita ni.... ahakssss!!!).

Thanx utk mereka yg wish aku.... to my hero... yg wish kat telinga aku, antara mata aku dah terbukak ngan lum bukak... thanx a lot dear! Yang SMS aku pg tu... Farah (1st msg aku receive pg tu), ABAH (terharu seyyy, baca msg abah ni), Cik Mah (x-IPS freind, terharu... ingat lg dia kat aku!), Yani (my fren in ICT), Enon (dalam sebok jg anak... sempat berSMS aku....), Ayu n edi (adik ipor aku, dalam pd jaga mak dia yg tengah sakit pun sempat berSMS), Dilla with her fren. Thanx to u all...

Untuk yang berYM lak... thanx to u... Ila (ICT). Siap mengusik aku lagik... tq my fren...

Untuk wall facebook aku... thanx to all my buddy kat facebook... esp yg dedicated : Fairus Daud, Liana (FSKPM), Hasrey (FPE), Yani, Lin (ICT), kak Liza (wife Zaimi), Liana (FPE), Flamenco Zatara, hamira (ICT), Rahmat, Farah n lastly... ABAH! Thanx to u all... yg mewarnai n menceriakan hari2 aku.... aku hargai sangat2!!! Rasanya... semua nama yg terlist tu... tk de tertinggal... klu ada tertinggal... so soryyyy.... maklum ler.. dah 34 tahun otak ni di pakai...... so... adat ler klu terlupa! Cehhh... alasan!!!!

So.. untuk menutup ruangan ni... aku sajikan gmbo ni.....


Friday, April 9, 2010

MY DAY - 9476 (PART II)



9/4/1976 satu ketika dinihari...
Pabila lahirnya seorg bayi...
Yang memang pasangan suami isteri menanti..
Zaina hafiza Bt Mohd Zamri...
Itulah keunikan nama di beri...
Bayi yg comey membesar dgn kasih sayang tdk berbelah bgi..
Seluruh famly menyayangi...
Pelajaran, kasih sayang tanpa nilai di beri...
Bayi membesar menjadi dewasa kini...



9/4/1996 satu ketika dinihari...
Bayi yang membesar menjadi wanita jelita tdk terperi... (cehwahhh...)
Ia mula mengenali cinta sejati..
Itulah cinta pertama padanya dan mengharapkan ianya abadi...
Status ketika itu di tolak ketepi...
Namun, cinta diharapkan telah terhenti..
Empat tahun bercinta cuma tinggal janji...
Pertunangan terputus dengan sayu di hati...
Langkah tetap di gagahi...
Demi membangunkan semangat diri....

9/4/1999 suatu ketika dinihari...
Wanita tersebut "diminta" menerima menerima satu janji...
Yang telah termaktub antara sebuah famly...
Untuk menerima lamaran seorg lelaki...
Yang sememangnya dia langsung tidak mengenali..
Dalam esakan tangis perintah famly dituruti...
Demi menjaga hati famly diri, cinta tolak ketepi...
Mayb juga wanita itu menelan ayatnya sendiri...
Akan menerima lamaran siapa saja jika cinta pertama terhenti...
Akhirnya, wanita itu sah sebagai isteri...
Kepada seorg lelaki bernama Rusli...
Mereka di kurniakan 2 cahayamata lelaki...
Yang Pertama, Rafiq Zulhelmi...
Yang Kedua, Rafiq Zulhairi...
Namun, 8 tahun alam rumahtangga di layari..
Suami menyahut panggilan ilahi...
Pergi yang tak akan kembali...
Akibat barah paru2 yg di hadapi
Wanita itu di tinggalkan dalam terkapai sendiri...
Di saat rumahtangga di hiasi bunga cinta mekar mewangi...
Namun, ketentuan Ilahi di redhai...


9/4/2009 suatu ketika dinihari...
Setelah dua tahun pemergian arwah suami...
Wanita itu di sirami cinta lagi...
bapa tunggal punya anak tiga mengetuk pintu hati...
Seorang lelaki yang terlalu mengambil berat tentang dirinya sefamly...
Akhirnya cinta di sambut dengan penuh berhati2..
Maklum ler, pengalaman lepas cukup jelas merasuk diri...
Namun, kesungguhan si lelaki meruntuh hati...
Merindui, menyayangi, mengasihi...
Perasaan itu mula diakui...
Ikatan cinta termaktub dengan sebuah ikatan suci...
Menjadi ikatan suami - isteri kekal abadi...
Kini, bahtera rumahtangga di layari...
Bersama lelaki bernama Mohamad Fairuz B Misdi...
Mudah2an perjalanan rumahtangga ini di restui...
Mungkin benar kata2 seluruh famly...
Telah termaktub dari awal, jodohnya dengan single parents yg menyendiri...



9/4/2010 suatu ketika dinihari...
ketika ini, ikatan cinta telah bersemi...
Wanita itu akan punya zuriat lagi...
I/Allah, ianya bukti cinta abadi..
Antara dirinya dan suami...
Dan, harapan wanita ini cukup tinggi...
Semoga suaminya menyayangi seadanya diri ini...
Menerima kelebihan kekurangan terkujur di sanubari...
Tanpa sungutan atau keriakan dalam diri si suami...
Dan, semoga hubungan suami - isteri..
Akan kekal abadi...
Sehingga hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahi....



Sekian........

MY DAY - 9476 (PART 1)

Assalammualaikum....



PROLOG untuk N3 aku ni.... taraaaaa.... untuk N3 empunya blog.... dengan ini mengumumkan tanggal 9 April 1976, kira2 34 tahun yang lalu... lahirnya seorg baby ppuan yang comeyyyyyyyyy sangattttttt2(comey ke...?? lantak ler... ada ke baby lahir yang tak comey???!) di tanah Tg. Malim. Kelahiran yang dinanti oleh kedua pasangan suami isteri- Mohd Zamri Hj Ahmad dan Fauziah Bt Latif, maklum ler... anak sulong. Baby gurl yang cute lak tu.... (ecehhhh.... angkat diri lagi.... we.... YO! ITS ME... aku cuma memperkatakan sesuatu yang benar!) So.. sebelum aku sajikan korg ngan sejarah hidup aku selama 34 tahun ni... meh kita kenal saper ler empunya namanya ZAINA HAFIZA BT MOHD ZAMRI ni....

Tapi... perlu di ingatkan... ini bukan tilikan, ahli nujum, aku mintak dari memana jin... ok... segala paparan hanyalah mitos semata. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri kita sendiri. Kadang2... umor 34 tahun... kita tanya diri kita... selama kita bernafas di dunia ni... kita kenal ker diri kita??? Saper kita sebenarnya...... so... ni mitos mengenai diri aku.... jeng... jeng.. jeng....

1. UNTUK MITOS RAHSIA BULAN KELAHIRAN- APRIL
#1:* Aktif dan dinamis
#2:* Cepet mengambil keputusan dan suka membenci, tapi cenderung menyesal
#3:* Menarik dan menyayangi
#4:* Kuat mental/ daya mental yang kuat
#5:* Menyukai perhatian / diberi berhatian
#6:* Diplomatis (pandai memujuk)
#7:* Suka menenangkan / ketenangan
#8:* Ramah &suka membantu setelkan permasalahan / pandai menyelesaikan masalah orang
#9:* Berani dan tidak kenal takut
#10:* Cenderung suka bertualang / adventure
#11:* Mencintai dan menyayangi
#12:* Pandai membujuk dan murah hati
#13:* Emosi cepat terusik / Emosional dan berusaha control emosi
#14:* Penuh dendam
#15:* Selalu bergerak cepat
#16:* Agresif
#17:* Memiliki memori yang kuat
#18:* Gerah hati yang kuat / Penggerak yang baik
#19:* Pandai memotivasi orang dan diri sendiri
#20:* Penyakit biasanya bersarang di kepala atau dada
#21:* Mudah sekali cemburu dan sangat cemburu salam perhubungan

2. UNTUK MITOS WATAK EMPUNYA DIRI :
Watak Berdasarkan Tanggal Lahir
Ramah-tamah, sopan-santun, sangat sabar dan menyenangkan. Ia suka berusaha di bidang industri, tetapi suksesnya ada di lapangan kesenian terutama seni musik. ..
Sifat-sifat Utamanya:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ :Ramah-tamah
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ :Sopan-santun
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ :Sangat sabar
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ :Menyenangkan

3. MITOS DALAM BERKASIH SAYANG lak...
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2

4. UNTUK MITOS RAHSIA TARIKH LAHIR BERKAITAN SIFAT:
Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

5. UNTUK MITOS SIFAT KELAHIRAN BARDASARKAN ANAK KEBERAPA DALAM ADIK BERADIK :
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

6. UNTUK MITOS PEKERJAAN BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN :
Lihat ramalan pekerjaanmu berdasarkan hari lahir!
Kamu adalah orang yang berbakat di dalam pekerjaan sebagai Pengarang, Atlit, Pengusaha Percetakan dan Penerbit, serta dapat pula sebagai Mubaliq. Tetapi yang paling cocok dan mengantarkan ke arah sukses yang gemilang adalah pada profesi Penerbitan. Kariernya pun akan me...ningkat dengan gemilang, khususnya dalam bidang Media Cetak tersebut.
Pekerjaan yang Cocok:
웃 :Pengarang
웃 :Atlit
웃 :Pengusaha Percetakan dan Penerbit

Ok... tu jer... mitos untuk kenali... saper ler empunya nama ZAINA ni... so.. kita layaannnnn PART II lak d N3 akan datang.... caiyooo....

Wednesday, April 7, 2010

preity ohhhh preity.....





Cantikkan actress ni.... tk tau lak kat mata org lain... tp... mata aku mmg mengagumi ciptaan Allah ni... cantik sungguh! Walaupun aku ppuan tulen... (konpem ketulenannya....), tp... aku gak sukakan ssuatu yang indah, cantik, menarik, daaa bommm!!! So... saper tk suka tgk ssuatu yg cantik kan...

Knp aku paste poster pelakon bolly - preity zinta tu... ahaaaaa... sebabnya... malam td... dengan suka sukinya... aku nk share... lepas habis aku nengok Samarinda (Asmaradana), aku tukau2 channel.... tgk lenlain channel tk de citer best... skali.. aku teringat komen sorg opis mate melalui blog dia... dia kerap "puji" channel zee. So.. aku pun... tekan je lah channel tu.... uwaaaaaa........ citer "Chori2 Chupke2". Dah separuh jalan dah citer ni.... aku suka bangaaaaaatttt sehhhh sama citer ni... nak lakkkk... actress dia mmg peberet aku... preity zinta. MMg citer ni dah lama giler... zaman aku beranak sorg lagi... tahun 2001, klu tk silap... masa tu... siap beli VCD, siap beli soundtrack album, siap download lagu2 dia... then... satu mende... siap letak photo preity kat avatar YM aku... until now! Percaya tak... avtara id YM aku tk pernah bertukar... dari dulu... sampai skarang.... (aku amek gmbor preity untuk avtar id YM gmbar : gmbr kat bawah ni! Wahhhh.... setianya aku!


ok... back to story film... rasanya... ramai yg taw sinopsis citer ni... sebab... citer ni salah satu citer fofuler zaman bollywood tengah naik. Sesaper yg tak tau... ok lah... aku terajin sket hr ni... so... let me share....

Sinopsis dia...
Rani Mukherji (Priya) kawin ngan Salman Khan (Raj Malholtra - pesal la hindi ni suka benor letak nama hero dia RAJ!). Asalnya, Priya ni peknen... then.. ada xcdent, priya keguguran, then... rahimnya terpaksa di buang (RAHIM tu bukan nama orang yer dik nonnn....!) Then, dia tk leh ler peknen lg kan... tp.. kuarga Raj nk sangat zuriat yang mewarisi kuarga diorg. So, disebabkan priya ni sayangkan suaminya... dia desak suaminya... cari ibu tumpang. Nak tk nk, suami dia ikut je... cari punya cari... dia dapat ler Preity (Madhu) ni... pelacur yg tk pernah dapat kasih sayang kuarga. So.. Madhu di peknenkan oleh Raj dalam keadaan Raj mabuk. Then, diorg berangkat dok oversea. So.. dlm masa diorg jg Madhu, si Madhu ni lak terjatuh cinta ngan Raj. dan Priya lak, dh tentu Priya pun bebuat peknen depan famly raj... konon dia pun berperot boncit (bukan boncit yg mengandungi lemak berlebihan yer tuan2... dan bukan boncit sebab ada nyawa yer... tp... boncit kerana bantal!) So... pengakhirnya... korg sendiri leh pk... tentulah lastly... Madhu terpaksa berkorban kasih sayang sebagai ibu, sebagai wanita meminati suami org... hanya kerana perjanjian dia pd Priya. Lastly... madhu meninggalkan kerjaya pelacurnya... dia ckp... cukuplah Raj sorg menyentuhnya untuk kali terakhir. Wahhhhhhh.... skrip sadis! Dan... Madhu berhijrah sebagai wanita kaya raya....!!!!

Ni poster2 yg ada dalam koleksi photobucket album aku... (time aku kemaruk hindustan dodulu....)






so... lepas ni... aku akan pastikan aku tkkan terlepas tayangan di channel Zee! To my hero... sory dear.... kita layan filem hindi sesama yer lepas ni...... i knw u like it! Tp... temankan lah tengok TV... jgn berdengkur lak!

Tuesday, April 6, 2010

Majlis di skolah agama

Huhuhhuh... suka atau tidak... taraaaaaaaa... aku update blog lagi.... diingatkan... klu tk suka... sila halakan tetikus anda dia button pangkah sebelah kiri screen komputer anda dan jangan berlengah lagi... sila klik di tanda pangkah tersebut... maka dengan senang hatinya... paparan blog saya akan tertutup. Hahahahhaaa....

Ok... meh kita sambung citer... kpd yg tak berminat... ADA AKU KESAH???? Sabtu lepas... anak sulong aku xcited bgtau... dia akan masuk persembahan nasyid. Aku pun gerak gempur mintak dia siap pepagi tu. So... tusyen dia utk hri tu terbatal ngan sendirinya.... tp... terbatal tu bukan kelasnya... kepergian rafiq menghadiri tusyen terpaksa di ponteng atas sebab permintaan skolah agama minta dia wat persembahan. Wahhh... mcm artis popular lak rafiq ni... nauzubillah... mintak di jauhkan ank aku bergelumang dunia artis!

So... we all sampai skolah dia area 8.55... majlis lum mula. Aku dapat tentatif... tgk2, kol 1030am bru mula persembahan... lepas 3 ucapan kena tempuh. Ermmm... apa lagi.... letak rafiq kat skolah... (kebetulan... skolah dia ada BF utk murid wat persembahan), aku bawak nina n adik p ke medan selera, BF kat sana.(just angkut 2 org je ank aku... baby + amat tinggal rumah... coz... d kerah mandi n bersiap memasing liat nk tgk astro ceria... hahhhh... ceria2 kan lah diri memasing tinggal kat rumah!! hehehhee... (PENGAJARAN UNTUK ANAK2 AKU : NK IKUT MAMA OR PAPA KEMANA2, JANGAN MELAWAN / MEMBANTAH BILA DI SURUH BERSIAP, MANDI ETC... TEORI MAMA MU INI... LAMBAT TINGGAL!) Amat n baby yang kena tinggal kat rumah... mu hero dah belikan nasik lemak utk diorg. So... nikmatilah nasi lemak tu sambil layan astro ceria tu!

Lepas Bfast, lebey kurang kol 9.45, aku terpacul balik ke dewan skolah agama rafiq. Time tu, baru ucapan dari Guru Besar skolah dia. Tp... aduhaiiiiiiii..... mikrophone skolah diaaa.... menyedihkan! Bukan nk kutuk ok... tp... aku just komen... mikrophone... tk kedengaran butir org berucap... suara tukang dengar lg kuat dr suara org bercakap. Dah rupa market je aku rasa dewan tu. Panas + berpeluh nya satu hal... actually... aku dh tk tahan kepanasan dalam dewan tu... tp.. demi sabar tunggu persembahan rafiq... tk perlahhhhhh... Yang nina n adik dah merungut bosan + panas + lama. Siap nina n adik memulakan agenda diorg... membuli sorg budak kecik lg... aku biarkan je... asalkan diorg tk ganggu org lain. Even.. mak budak yg di buli tu pun biarkan anak nyer di buli... yelah... drpd anaknya ngamuk nk balik... so mak dia merelakan anak dia main2 camtu! Sampaikan permintaan nina n adik : "mama... nnt klu mama kuarkan baby... kuarkan mcm adik tu yer... tk nangis pun nina buat dia" hahahahhahahahahhah!!!!

Aksi adik ngan nina membuli budak tu....

So.. penantian aku berakhir.. dengan pengumuman nasyid dari darjah 4. Mcm tk caya je... tu ler ank yg aku kandung... dah umor 10 tahun.... siap beralun irama arab! Ni ada gmbr yg sempat aku snap....



Rafiq (sebelah kanan) tgh bernasyid.

Ni lak gmbr lepas rafiq wat persembahan.


So... habis majlis kol 12.00pm, aku pun angkut anak2 ke rumah mak aku sebab dah janji ngan my hero... stesen perjumpaan di rumah mak aku... then... balik ke proton... tgk apa citer lak anak aku berdua kat rumah tu.....

at last... di sebabkan entry ni full story bout majlis skolah rafiq... then... dengan tamatnya rentetan agenda aku sabtu tu... berakhir gak lah entry aku untuk kali ni...... sekian... peace no war!!!!